♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

11 January 2012

oouhhhhhh....busuknya bau tu..bsuknye bau ni...

Mabuk, loya, pening di awal kehamilan memang mencabar mental dan fizikal. Redha dan anggaplah ia ujian Allah yang akan menghapuskan dosa-dosa kita.

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
"Tidaklah seorang Muslim ditimpa penyakit, melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya, seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya."
(Hadis riwayat al-Bukhari)

Sabda Rasulullah SAW lagi,
"Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut."
(Hadis riwayat al-Hakim)


Untung jadi perempuan ni, tau. Selain daripada mendapat pahala, dosa-dosa kita juga diampunkan, insya Allah. Yang penting, kena sabar dan redha.

Mabuk hamil kebiasaannya berlaku pada trimester pertama dan jika bernasib baik, akan berakhir di sekitar minggu ke 16 kehamilan. Nasib baik kenapa? Sebabnya, terdapat juga ibu-ibu mengandung yang mengalaminya sepanjang berbadan dua. Oh no!!

Antara petua yang dikongsikan adalah seperti di bawah:


1. Pada usia kehamilan minggu pertama - minggu ke 10, ibu yang hamil amat memerlukan zat besi. Dengan zat besi tersebut ianya dapat membantu ibu hamil untuk menghilangkan rasa loya, muntah-muntah serta alahan. Ambil pil zat besi sebiji sehari bersama vitamin C. Vitamin C membantu penyerapan zat besi. Banyakkan pengambilan sayuran warna hijau tua yang kaya dengan zat besi.

2. Amalkan madu, sesudu pagi (dan sesudu malam - optional), ambil semasa perut masih kosong. Pastikan tidak mengambil apa-apa minuman/makanan setengah jam selepas minum madu.

Madu berupaya meningkatkan hemoglobin dalam darah.

Hemoglobin merupakan protein yang terdapat dalam sel-sel darah merah yang memainkan peranan penting dalam membawa oksigen ke seluruh jaringan tubuh.

Manakala zat besi pula merupakan komponen esensial daripada hemoglobin. Hemoglobin rendah, otak kurang oksigen dan menyebabkan pening/mabuk.
Nampak kaitan disitu??


3. Minum air 100 plus. (Wah, macam tak percaya jek!!) Tetapi pastikan gasnya dibuang terlebih dahulu. Buka penutup dan biarkan semalaman dalam peti sejuk. Ia boleh diminum begitu sahaja, atau bekukan dalam freezer (dlm ice cube tray).

Bila rasa nak muntah/loya, ambil seketul dan hisap. Rasa sejuk akan buat mulut/tekak sedikit kebas, jadi rasa loya akan berkurangan.

100 plus juga mampu menggantikan cecair dan seimbangkan garam-garam galian dalam badan yang hilang akibat muntah.
(nota tambahan: aku juga pernah disarankan oleh doktor untuk minum 100 plus sebab cirit birit kerana keengganan or kedegilan aku untuk minum air garam. yurk!!)


4. Buah pala penawar untuk menghilangkan rasa loya, pening-pening atau tanda-tanda lain yang berkaitan dengan pitam.


5. Amalkan memakan kurma, anggaran 7 biji sehari. Insya Allah, mabuk akan kurang.

6. Minum air teh o panas, dengan sehiris halia. Halia diketuk, sebelum direndam dalam air teh.

Petua tradisional:

1. Ambil seinci halia, sebatang serai, 2-3 kuntum bunga cengkih, kayu manis, masukkan ke dalam segelas air mendidih, masukkan seketul gula batu, tutup. Minum waktu pagi dan malam.

2. Ambil segenggam daun kari. Kisar menjadi jus. Campur jus tersebut dengan limau nipis dan satu teh gula. Minum setiap pagi. Insya Allah rasa loya tekak akan hilang.

Tapi sebenarnya, petua yang paling bagus diamalkan, sebelum conceive lagi, minta suami berniat seikhlas hati, jika kita mengandung, minta mabuk/loya/pening tu ditanggung juga oleh SUAMI. So, mabuk/loya/pening akan berpindah kepada SUAMI. Yang penting, suami kena ikhlas, kalau tak ikhlas,mungkin tak jadila...


ni umi ambik dr 1 blog bile trcari2 ape cara nk ilangkan mual ni.....masuk hari ni, dh 4 hari xleh sntuh NASI.....ohhh......dengR pon ase MUAL!!!uwwaa.......



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...